PENYANYI rock legenda Datuk Amy Search mendedahkan pemain dram baharu kumpulan Search, Naimi Daini, 17, ada sedikit persamaan dengan Allahyarham Yazit Ahmad.
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 65, berkata kepada Astro Gempak, Naimi mempunyai bakat yang luar biasa dan sukar ditemui.
"Saya melihat bakat Naimi amat istimewa. Apatah lagi, saya dapati dia ada persamaan cara bermain macam arwah (Yazit) sedikit.
“Pada saya, ramai saja orang yang boleh main dram, tapi untuk dia ada 'sesuatu' menarik dalam teknik bermainnya yang bertenaga, penuh semangat, dan ada jiwa seni itu.
"Dia pun 'steady' saja main tiga lagu 'fast' tanpa nampak penat dan pancit. Jadi, dari situ saya lihat memang ada sedikit sentuhan arwah Yazit pada Naimi.
"Walaupun berbeza, tapi dia ada ciri-ciri orang berdarah seni," katanya kepada Gempak.
Berkongsi mengenai bagaimana perjumpaan mereka dengan Naimi, Amy memberitahu dia disyorkan oleh rakan pemuzik dan kebetulan juga bapanya kami kenal kerana pernah menguruskan Konsert Search Evolusi dulu.
"Saya pun ada temu bual dia, tanya macam-macam dan dia memang ada benda (bakat) itu yang dianugerahkan Allah kepadanya walaupun dia seorang gadis dan masih muda,” beritahunya.
Apabila disoal mengenai usia pemain dram itu yang sangat muda dengan ahli kumpulan Search, Amy memberitahu ia tidak menjadi masalah malah mereka mudah mencari ‘chemistry’.
“Dia sangat muda, namun saya suka dengan cara dia main dram.
"Walaupun kita perlu beri dia masa yang lama lagi untuk selesa, tapi paling utama tiada tekanan dirasakan dengan membawa Naimi ke lokasi persembahan tertentu saja.
“Yang penting kesungguhan yang ditunjukkan kerana Naimi masih bersekolah tapi komited untuk datang berlatih bersama kami," katanya.
Terdahulu, Naimi muncul buat julung kali beraksi bersama Search di Konsert Nusafest 2023 dekat Bandar Malaysia, pada malam Sabtu lalu menarik perhatian ramai.
Naimi tampil bersama Search yang dianggotai Amy sebagai penyanyi, Nasir Daud (bass), Hillary (gitar) dan Man Kidal (gitar) dengan memainkan lapan lagu pada malam itu. -Gempak
Gempak
Fri Jul 14 2023
Naimi muncul buat julung kali beraksi pada Konsert Nusafest 2023 dekat Bandar Malaysia, pada malam Sabtu lalu menarik perhatian ramai. -Gempak
Nasihat Wan Rosdy kepada ahli UMNO: “Ikhlas sertai parti, buang sikap pentingkan diri”
Sikap pentingkan diri menjadi masalah dalaman parti dan andai dibiarkan boleh merosakkan keutuhan UMNO.
Tentera Israel arah penduduk Palestin berpindah dari Rafah
Arahan berpindah itu dikeluarkan menerusi risalah yang digugurkan dari udara.
Bas terbalik di lebuh raya PLUS, 41 penumpang terselamat
Seramai 41 penumpang termasuk pemandu terselamat setelah bas persiaran yang dinaiki mereka terbabas lalu terbalik di kilometer 264.5 lebuhraya utara selatan (PLUS), arah selatan hari ini.
Wartawan baharu perlu aktif turun padang, elak ‘cerita’ disampaikan hambar
Pengamal media perlu aktif turun lapangan bagi mencari bahan berita lebih tulen tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada maklumat diperoleh atau dikongsikan melalui media sosial.
AWANI Ringkas: Dijangka catat dagangan dalam julat kecil
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Laporan Amerika dedahkan Israel salah guna bantuan senjata
Pentadbiran Joe Biden mendapati Israel menggunakan bantuan senjata dari AS tanpa mengikut lunas undang-undang antarabangsa.
Peningkatan perdagangan borong, runcit bukti ekosistem ekonomi segar, progresif - Armizan
Nilai jualan perdagangan borong dan runcit yang meningkat sebanyak 5.2 peratus pada Mac tahun ini menunjukkan ekosistem perekonomian domestik negara berada dalam keadaan segar dan progresif.
Bas terbalik di lebuh raya PLUS, 41 penumpang terselamat
Bas pesiaran membawa penumpang dari Kupang, Kedah terbalik di KM264.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah selatan.
Bayi sembilan bulan, ibu antara tiga maut dalam kemalangan di Semporna
Seorang ibu bersama bayi dan seorang warga emas wanita maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan, pada Sabtu.
Perbincangan perjanjian pandemik diteruskan selepas tarikh akhir: WHO
Kerajaan-kerajaan di seluruh dunia bersetuju lanjutkan perbincangan selama dua minggu lagi mengenai perjanjian penting berhubung pengendalian pandemik masa depan.
Allahyarham Jiman insan berjiwa besar - Amy Search
Amy tergamam terima berita pemergian sahabatnya, Jiman Casablancas.
Konsert Search Fantasia Bulan Salju, beri definisi 'berkelas'
Search beraksi cemerlang di konsert Fantasia Bulan Salju di Arena of Stars Genting Highlands!
'Ada persamaan dengan arwah Yazit' - Amy perkenal drummer baharu Search berusia 17 tahun
Naimi muncul buat julung kali beraksi bersama Search di Konsert Nusafest 2023 dekat Bandar Malaysia, pada malam Sabtu lalu menarik perhatian ramai.
'Lupakan cerita yang belakang tu' - Kembali berbaik, Amy rancang sesuatu dengan Awie
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 64, memberitahu dia membuat keputusan untuk melupakan segala sengketa dan bersahabat kembali.
'Kami dah rujuk, alhamdulillah' - Amy Search dan Awie berdamai, akhiri perang dingin
Awie mendedahkan hubungan mereka menjadi dingin bertahun lamanya selepas pemergian pemain dram Search iaitu Allahyarham Yazit Ahmad pada 2019.
'Saya sambut Aidiladha dengan papa' - Nabila Huda lega ibu pilih beraya dengan sahabat
Oleh kerana telah menyambut Syawal bersama keluarga suaminya, Mohd Izwan Johar di Singapura, dia memutuskan untuk berkampung di kediaman bapanya Amy Search.
Menjejak nostalgia kembara Search di Istana Budaya
Ahad ini, kumpulan rock legenda negara akan mengadakan konsert istimewa dalam pementasan Search Rock On 40.
Rock On 40: Kumpulan Search gegar pentas Istana Budaya 4 Disember
Kumpulan rock legenda, Search bakal muncul dalam Konsert Search Rock On 40 yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) pada 4 Disember ini.
Amy Search kini bergelar Datuk
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menerima pingat Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.
Sultan Johor terima kunjungan Amy, kumpulan Search
Amy turut mempersembahkan cenderahati berupa piring hitam album beliau, Gothik Malam Edan kepada Sultan Ibrahim.